Abang Hensem & Akak Cantik

Resepi : Coklat Mudah ( Berbentuk Daun )

Bahan-Bahan

1) Coklat compound. Anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate).
2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat anda kismis, almond, kacang, dan sebagainya. Anda boleh memilih untuk tidak meletakkan inti.
*p/s : Terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai-kedai kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl, Colatta, Selborne.

Alatan Untuk Membuat Coklat

Anda juga perlu menyediakan peralatan seperti berikut :
1) Coklat mould. Terdapat pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati / love, bentuk bunga ros, dan sebagainya.
2) Piping untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu.

Cara-Caranya

1) Anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler.
2) Setelah coklat cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu.
3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.
4) Sejukkan dalam peti ais.
5) Kini, coklat anda telah siap !
Diharapkan resepi coklat homemade ini dapat membantu anda untuk membuat coklat hanya dari rumah. Jika anda suka resepi ini, pastikan anda kongsikan resepi coklat homemade ini bersama rakan-rakan anda.
*p/s : Anda juga boleh mewarnakan coklat anda jika anda mahu, masukkan bahan pewarna ketika coklat sedang mendidih.
Selamat Mencuba!

Segment : Team Follow Back by AmerCorner

PERHATIAN!!!
Segment ini KHAS untuk mereka yang serious follow balik SAHAJA!

NAK TAHU SEBAB APE???

50 peserta terawal akan mendapat ebook
Bagaimana Master Zuheir Boleh Dapat RM50 Daripada Program Hot Affiliates dari masterzuheir.
(master zuheir ni mahir dalam dunia internet... belajane pulak budak famous inspirasi gua mahu berblog)
APE TUNGGU LAGI!!!



JOM JOIN SEGMENT NI
GEMPAK PUNYER LAA
INSYAALLAH LPAS NI MESTI BERTAMBAH FOLLOWER

CEPAT, CEPAT... SEGMENT NI TAMAT 30 JUN 2012
JANGAN LPEASKAN PELUANG!

*p/s : tujuan segment adalah membantu rakan2 blogger yang lain untuk up follower dengan cara yang mudah. Senang sikit nak cari siapa yang nak difollow.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Follow dan like Blog Sponsor (wajib)


Mutiara Biru     | Follow | Like |

2.Letak banner kat dalam entry.

3..Tajuk  entry {   Segment : Team Follow Back by AmerCorner   }

4.. Sila nyatakan bilangan follower blog korang buat masa ini.(time korang join)

5..Letak button ni kat sidebar blog korang (x wajib) 



6. Sila tinggalkan url entry ke ruangan comment. 

7.. Untuk memeriahkan lagi segment ini. korang buat bloglist teamfollowback  khas untuk peserta segment  yang follow blog korang. meriah sikit.  (x wajib)

8. Tag kawan2 korang yang suka follow follow ni . 

9. Paling last sekali. syarat yang membuat penganjur happy. korang sporting la yer :D
(ni tips kak lyssa bagi kat amer)

Apa peserta perlu buat adalah , sila ke blog peserta lain yang join segment ni dan follow blog mereka dan tinggalkan komen di blog mereka bersertakan link entry korang. 
Ingat TINGGALKAN JEJAK DI RUANGAN COMMENT SAHAJA. (friendly reminded)

Korang hanya layan mereka yang join segmen ni saja, yang tak join, terpulang kepada korang nak layan ke tidak. 

Hadiah2 untuk peserta yang mengumpul paling banyak follower akan memenangi. 

3 peserta dipilih ...
1. Domain for one year. 
2. Topup Rm10 
3. Topup Rm10 

Ada hadiah untuk peserta paling sporting... hadiahnya adalah domain for one year
ciri2 peserta paling sporting ... 
* banyak referral ke blog amercorner. (bukan top) 
*menyediakan bloglist teamfollowback 
*meletakkan button teamfollowback dekat sidebar 
*follow banyak/hampir semua peserta 

Sekarang ni follower sy ade 31 jew,,huhu...so sad