Abang Hensem & Akak Cantik

Manusia (Bahagian 1)

Asalamualaikum,,,

Selamat pagi semua,, hari ni aku nak kongsi siket pasal manusia. Mmng ramai yg dh tahu. Tapi aku tetap jugak nk bgtw. Yg sentiasa ingat tu baguslah. Yg lupe eloklah ingat semula. Baiklah, kite semua tahu manusia diperbuat daripada tanah, dan selepas meninggal dunia pun akan ditanam di dalam tanah, kecuali mayat yg ghaib, mayat dari kapal laut & di pergunungan ais.

*** Iblis & Manusia ***

Pagi ni aku dgr ceramah kat Tv9, yg brtajuk 'Tak Kenal Maka Tak Benci'. Isi kandungannya berkisah mengenai prkenalan Iblis Laknatuallah dengan Nabi Adam A.S. di dalam syurga Allah. Semua tahu mengapa Iblis tidak mahu tunduk di hadapan Nabi Adam, adalah kerana Iblis berasa dirinya lebih hebat kerana diperbuat daripada api, sedangkn Nabi Adam diperbuat daripada tanah.

Disebabkan hal itu, Allah telah mengeluarkan Iblis dari dalam syurga. Iblis juga akan dihumban ke dalam neraka. Tetapi iblis minta tangguh daripada Allah sehingga Hari Kiamat. Dari saat itu, iblis bersumpah akan menyesatkan anak cucu Nabi Adam sehingga Hari Kiamat.

Itu sahaja untuk hari ini. Sesiapa yg mempunyai anak atau adik, boleh la bercerita kisah ini. Sekian, wassalam.

Selamat Ulangtahun

Asalamualaikum,,,

Salam penghulu segala hari,
Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Kali ni aku nak kngsi sesuatu yg aku rase penting. Aku harap org yg baca ni akan sedar lepas baca ape yg aku nak tulis lepas ni.

***Respect Others, People Will Respect YOU!***

Hormat, semua org tahu pasal hormat. Bukan susah nak hormat, tapi masih ramai yg susah nak amalkan. Dari kecik lg, kite diajar untuk hormat org yg lebih tua. X kire agama, bangsa, negara mahupun warna kulit.

Bile kite sendiri susah nak hormat org lain, org lain pun akan jadi susah nak hormat kite. Biarlah org kadang2 x hormat kite, asalkan kite sentiasa hormat org lain. Allah Maha Melihat. Org lain juge melihat. Jangan terkejut kalau hari ini kite x hormat seseorg, esok lusa ade org lain yg membalas perbuatan itu kepada kite. Jadi, sentiasa la hormat-menghormati.

***Working Under Pressure***

Siapa kate kerja cashier senang? Setiap hari berdepan dengan ratusan pelanggan yg brmacam kerenah. Desakan orang atasan lagi. Setiap hari nyawa menjadi taruhan sebab org sanggup membunuh demi duit. Fikiran memang akan bercelaru selepas balik kerja. Ape yg ade hanyala rutin, makan, mandi & luangkn masa dgn trsayang. Itupun klw ade, klw xde trus tido. Esok pagi lakukan rutin yg sme.

Kadang pelanggan x fhm yg kite ni penat. Bile time rehat, kne la tutup kaunter, pelanggan ade yg mrh2, ade jugak yg maki hamun. X kurang jugak yg keluarkn kata2 kesat. Tapi dalam hati kne sabar je cari rezeki.

Baiklah, cukuplah untuk hari ini. Jumpa lagi.

Stay Low For A While

Assalamualaikum,,

Hai, setelah 3 bulan tak update, kali ni baru ade idea untuk update blog. Pada akhir bulan 4 tempoh hari, aku baru sahaje menamatkan latihan praktikal aku. Alhamdulilh, segalanya berjalan lancar walaupun ade sedikit masalah. Normal la kalau ade masalah. Nama pun hidup kn. Lepas selesai segala urusan pratikal, aku pon balik ke Johor.


*** HOME SOUR HOME ***

Mesti pelik kn kenape sour, bkn sweet. Bagi orang yg tak suke duduk rumah mcm aku mmng akan jadi sour. Jadi, aku pun buat keputusan untuk cari kerja. Sementara menunggu panggilan untuk sambung ijazah yg aku sendiri tak mohon. Ini semua sebab aku tunggu kawan baik aku. Aku sanggup buat ape saje untuk dia, sebab dia pun sanggup buat ape saje untuk aku. Itu lah kawan baik kn.

*** WORK, TIME, MONEY ***

Semua orang bile dah kerja, mesti fikir pasal duit, gaji, elaun  & sebagainya. Mestilah sebab itu sahaje yg seronok pasal kerja. Selainnya hanyalah penat, letih, malas. Kadang-kadang rasa menyesal bekerja, kerana belajar lagi seronok. Cite pasal kerja, mule2 aku dapat tawaran bekerja kat stesen minyak sebagai Jurupam. Korang mesti tahu kn mamat poyo yg brdiri tepi pam minyak & tolong pamkn minyak masuk kereta. Ye, aku buat kerja tu. Nampak senang, memang senang pun. Sebab itulah gajinye pun agak rendah. RM6**/sebulan.

Lepas tiga hari aku buat kerja tu, aku dapat tawaran kerja lain. Aku terus terima sebab gajinya lebih tinggi, & kerjanya lebih berisiko. Kerja sebagai Juruwang di sebuah pasaraya. Sekarang sudah hampir sebulan aku bekerja sebagai juruwang. Memang berisiko sebab kalau duit lebih atau kurang, elaun kene potong. Tapi alhmdulilh elaun aku cukup untuk bulan ni. Hari ni aku kerja sebelah petang, jadi ade mase untuk update blog. Baikah, jumpe lagi di entri akan datang.