"Hari Jumaat Penghulu Segala Hari"
Assalamualaikum,,,
Hari jumaat memang banyak hikmahnya, hari di mana dunia ini & segala isinya dijadikan oleh Allah S.W.T. Begitu juga yg terjadi padaku hari ini. Sewaktu aku mendengar khutbah, aku dapat merasakan 1 perasaan yang ganjil. Ianya perasaan yg terlalu sedih. Sedih kenape? Sedih akibat tiada siapa mempedulikan diriku lagi. Tapi itu sbnarnye bukan perasaan aku, tapi perasaan arwah ayahku yg terlalu sedih selepas pencen. Dari kecil lagi aku ade kelebihan membaca isi hati orang lain, jadi tidak hairan aku mampu merasakan perasaan aneh itu.
Kini, aku sedar mengapa arwah ayahku terlalu sedih selepas pencen. Hal ini kerana semasa beliau bekerja dalam Sektor Kerajaan, ramai orang meminta bantuan daripada beliau. Tapi, selepas pencen, tiada kawan yang melawat beliau, sedangkan beliau sedang sakit. 'Takpelah ayah, kiteorang kan ade,,' pujukku pada ayah. Namun, kata-kataku tidak dihiraukan.....