Abang Hensem & Akak Cantik

Resepi : Coklat Mudah ( Berbentuk Daun )

Bahan-Bahan

1) Coklat compound. Anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate).
2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat anda kismis, almond, kacang, dan sebagainya. Anda boleh memilih untuk tidak meletakkan inti.
*p/s : Terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai-kedai kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl, Colatta, Selborne.

Alatan Untuk Membuat Coklat

Anda juga perlu menyediakan peralatan seperti berikut :
1) Coklat mould. Terdapat pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati / love, bentuk bunga ros, dan sebagainya.
2) Piping untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu.

Cara-Caranya

1) Anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler.
2) Setelah coklat cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu.
3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.
4) Sejukkan dalam peti ais.
5) Kini, coklat anda telah siap !
Diharapkan resepi coklat homemade ini dapat membantu anda untuk membuat coklat hanya dari rumah. Jika anda suka resepi ini, pastikan anda kongsikan resepi coklat homemade ini bersama rakan-rakan anda.
*p/s : Anda juga boleh mewarnakan coklat anda jika anda mahu, masukkan bahan pewarna ketika coklat sedang mendidih.
Selamat Mencuba!

4 ulasan:

dRopPuc!noo™ berkata...

Cekelat.. cekelat~~

Nanti nak buat.. macam tu je ke? x da tambah perisa pape..? :'(

Unknown berkata...

em..bley je klw nk tambah perisa,, tp rase coklat asli lg sedap..

NoonaQQ berkata...

nti nak letak peanut atau gajus kt dalam tu leh?? hehe =)

Unknown berkata...

bley je,, tp pastikan dalam saiz yg kecil, supaya bley muat dlm coklat tu... =)