Abang Hensem & Akak Cantik

Manusia (Bahagian 1)

Asalamualaikum,,,

Selamat pagi semua,, hari ni aku nak kongsi siket pasal manusia. Mmng ramai yg dh tahu. Tapi aku tetap jugak nk bgtw. Yg sentiasa ingat tu baguslah. Yg lupe eloklah ingat semula. Baiklah, kite semua tahu manusia diperbuat daripada tanah, dan selepas meninggal dunia pun akan ditanam di dalam tanah, kecuali mayat yg ghaib, mayat dari kapal laut & di pergunungan ais.

*** Iblis & Manusia ***

Pagi ni aku dgr ceramah kat Tv9, yg brtajuk 'Tak Kenal Maka Tak Benci'. Isi kandungannya berkisah mengenai prkenalan Iblis Laknatuallah dengan Nabi Adam A.S. di dalam syurga Allah. Semua tahu mengapa Iblis tidak mahu tunduk di hadapan Nabi Adam, adalah kerana Iblis berasa dirinya lebih hebat kerana diperbuat daripada api, sedangkn Nabi Adam diperbuat daripada tanah.

Disebabkan hal itu, Allah telah mengeluarkan Iblis dari dalam syurga. Iblis juga akan dihumban ke dalam neraka. Tetapi iblis minta tangguh daripada Allah sehingga Hari Kiamat. Dari saat itu, iblis bersumpah akan menyesatkan anak cucu Nabi Adam sehingga Hari Kiamat.

Itu sahaja untuk hari ini. Sesiapa yg mempunyai anak atau adik, boleh la bercerita kisah ini. Sekian, wassalam.

Tiada ulasan: