Abang Hensem & Akak Cantik

Anak Soleh / Solehah di Zaman Moden

Assalamualaikum..

Hari ni saya ingin bincangkan satu topik yang menarik. Walaupun biasa kita dengar tajuk ini daripada Ustaz/ Ustazah, tapi hari ni berbeza sedikit. Sebab ape? Sebab Ustaz? Ustazah kadang-kadang menerangkan secara umum, bila tiba situasi sebenar, kita susah nak mengamalkannya.

Kenapa tajuknya "Anak Soleh/Solehah di Zaman Moden, sebab zaman moden ini lah ramai anak muda, termasuk saya sendiri sering terdedah kepada budaya-budaya Barat. Jadi, hari ni saya ingin kongsikan serba sedikit tips nak menjadi anak soleh/ solehah di zaman sekarang.
Kita sering dengar, "Syurga di bawah telapak kaki ibu". Itu bermakna, kita perlu sentiasa dengar cakap ibu kita walau apepun, selagi ianya tidak melanggar hukum syarak. Contohnya, ibu suruh anak lelakinya menjual dadah untuk mendapatkan duit. Lagi teruk menyuruh anak perempuan untuk menjadi pelacur. Masha-Allah..

Kita perlu dengar cakap ibu kita sebab dia yang melahirkan kita, menyusukan kita, menjaga kita dari kecil. Tetapi ada yang lebih berkuasa dari Ibu kita iaitu Tuhan. Tuhan yang menjadikan kita, menjadikan jasad, meniupkan roh. Jadi antara Ibu & Tuhan, Tuhan lagi berkuasa. Sebab itu walau apepun ibu kita suruh, kita kena fikir dulu adakah ianya melanggar hukum Allah atau tidak.

Seperti kisah Nabi Ibrahim, semasa remajanya Nabi Ibrahim sering disuruh ayahnya keliling kota menjajakan patung-patung buatannya namun kerana iman dan tauhid yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadanya ia tidak bersemangat untuk menjajakan barang-barang itu bahkan secara mengejek ia menawarkan patung-patung ayahnya kepada calon pembeli dengan kata-kata:" Siapakah yang akan membeli patung-patung yang tidak berguna ini? "

Ternyata Allah lebih berkuasa dari segala yang ada di dunia ini. Sampai bertemu lagi di catatan akan datang.


Tiada ulasan: