Abang Hensem & Akak Cantik

Tiada Lagi Mutiara Biru, Kini Ianya Jurnal-IS

Asalamualaikum,,
Hari ini saya ingin membuat pengumuman bahawa Blog Mutiara Biru sudah tiada lagi. Kini ianya sudah ditukar dengan Jurnal-IS. Sebab kenape saya tukar? Sebab ini blog sayalah, suke hati sayalah nak tukar ke tak. Haha.. Gurau je. Sebenarnye dah lama saya nak terbitkan jurnal ini. Nak beli buku x mampu. Sebenarnye bukan x mampu, cume saya lebih rajin menaip dari menulis. Maklumlah, zaman teknologi la katakn.

Saya ada pasang niat untuk dapatkn gelaran Profesor. Tapi tak pasti lagi bidang ape. Bukan saya mengejar gelaran, cume saya ingin membantu orang ramai. Tak kira secara langsung atau tidak langsung. Saya harap jurnal saya ini dapat membantu orang ramai dalam semua lapisan masyarakat. Amboi dah macam siaran tv plak. Maksudnya Universal la, semua orang boleh gunekn. Sekian sahaja dari saya, berjumpa lagi di Catatan akan datang.

Tiada ulasan: